Alpine A110
Alpine A110 merupakan kereta yang di hasilkan dari sebuah syarikat kenderaan yang berasal dari Perancis iaitu ALPINE. Syarikat Alpine ini merupakan syarikat yang membuatkan kereta untuk perlumbaan dan sport car sejak 1955 lagi.
Cukuplah dengan cerita sejarah kerata ini, sekarang kita lihat apa yang membuatkan kereta ini unik dan menarik. Sebagai permulaan kereta Alpine A110 ini mempunyai enjin yang terletak ditengah kenderaan atau bahasa inggeris nya mid-engine car. Antara kereta yang mempunyai enjin di tengah adalah Toyota MR2, Lotus Elise, Porsche Cayman, Ford GT, Audi R8, tak lupa juga bagi peminat Honda iaitu Honda NSX.
Kelebihan enjin yang terletak di tengah ini adalah mempunyai handling yang baik ketika mengambil selekoh. Hal ini kerana titik berat kereta berada di tengah kenderaan menjadikan kawalan kereta yang lebih jitu dan senang. Jadi kereta akan lebih lincah ketika selekoh dan mudah untuk untuk dikawal.
Enjin bagi A110 ini menggunakan 1.8 liter turbo yang dihasilkan oleh gabungan Renault-Nissan yang berkuasa 252 PS dan 320Nm tork. Kotak gear tujuh kelajuan klac berkembar Getrag diberikan kepada kereta ini. Purata penggunaan minyak adalah 6.2L/100km.
Kereta ini mempunyai berat hanya 1,080kg sahaja, dengan berat yang ringan ini menghasilkan masa pecutan 0-100km/j 4.5 saat dan maksimum kelajuan 250km/j. Tiga mod pemanduan disediakan iaitu Road, Sport dan Track.
Suspensi bagi kenderaan ini adalah double wishbone di hadapan dan belakang, manakala untuk brek menggunakan brek kit Brembo 320mm hadapan 4 piston dan belakang 320mm 1 piston. 18 inci rim digunakan dengan hadapan 205/40R18 dan belakang 235/40R18.
Hanya 2 tempat duduk disediakn untuk kenderaan ini, nama pun sport car jadi 2 tempat duduk sudah memadai. Bagi harga, kereta ini ditetapkan 58,500 euro iaitu RM 275,197.00. Kereta ini sangat sukar nak jumpa di Malaysia dan tak ramai yang memiliki nya. Dengan sejarah dan keunikan yang dimiliki oleh kereta ini, kolektor-kolektor kereta mesti membeli kereta ini sebagai koleksi lengkap mereka.
Comments
Post a Comment